Semut dari Marikh?
Semut dari Marikh?
Semut
spesies baru yang ditemui di hutan Amazon ini hidup di bawah tanah dan buta
semasa hayatnya. Para saintis yang menemuinya menyatakan semut tersebut mempunyai
keturunan langsung semut purba yang pertama kali menghuni Bumi.
Seorang mahasiswa jurusan biologi evolusi Universitas
Texas, AS, Christian Rabeling, menemuinya pertama kali di hutan hujan Empresa
Brasileira de Pasquisa Agropecuaria di Manaus, Brazil, tahun 2003. Ia adalah
satu-satunya koloni semut yang hidup di dalam pohon yang reput di dalam tanah.
Maka, sekiranya orang yang menemuinya memberi nama
Martialis Heureka yang bermaksud semut dari Mars kerana unik dan anehnya. Semut
tersebut tak lagi menggunakan penglihatan dan tak memerlukan pigmen atau
pewarna tubuh karena telah beradaptasi dengan lingkungan yang gelap gelita.
Sebagai gantinya, ia memiliki tubuh memanjang dan pengapit yang panjang yang
digunakan untuk menangkap mangsa.
Martialis heureka tidak hanya tercatat sebagai spesies
baru, tapi juga membentuk kumpulan genius tersendiri, bahkan subfamili baru.
Subfamili terkini ditemui pada tahun 1967. Pada masa ini semut terbahagi kepada
21 subfamili.
Sampel DNA yang diambil dari kakinya menunjukkan
bahawa semut dari Mars menempati pangkal pohon evolusi semut. Dari sifat
genetikanya, semut diperkirakan mulai muncul sejak 120 juta tahun lalu. Para
ilmuwan meyakini semut segera tersebar ke dalam habitat yang berbeza-beza, di
tanah, dedaunan, dan sebagainya.
"Penemuan ini menyokong pendapat bahawa semut predator
yang buta dan hidup di dalam tanah muncul di awal evolusi," ujar Rabeling.
Meski demikian, hal tersebut bukan bererti nenek moyang semut buta dan hidup di
tanah. Namun, saat mulai berevolusi, semut telah beradaptasi dengan lingkungan
tanah hutan tropika.
Rabeling mengatakan, Martialis heureka memberi
petunjuk bahawa rahsia evolusi semut mungkin masih tersembunyi di balik hutan
hujan tropika. Penemuan yang dilaporkan dalam jurnal Proceedings of the
National Academy of Sciences ini juga memberikan maklumat baru untuk
mempelajari lebih mendalam tentang keragaman menyelidiki serangga, khususnya
semut.
Ulasan
Catat Ulasan