Punca Jerawat
KENALI PUNCA JERAWAT
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon
Pada
usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum
di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai
di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah
jerawat.
Namun
begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin
berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria
Bakteria
yang dikenali dengan nama  Propionibacterium acnes  pula adalah salah satu
bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan
sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Â
Propionibacterium acnes  yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang
tidak berjerawat.
Pemakanan
Walaupun
punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan
dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung
terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah
hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam
tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat
pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress
Stress
boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan
rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan
ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu,
apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di
dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya
pertumbuhan jerawat.
Alat
Solek
Sebenarnya
alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak
membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh
memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari
Cahaya
matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang
dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak
sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian
Ulasan
Catat Ulasan