Sejarah Daerah Yan, Kedah

Pengenalan

Peta kawasan Daerah Yan, Kedah

Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Setar dan 30 kilometer dari Sungai Petani.

Daerah Yan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1904 bersamaan 1324H dan salah sebuah daripada sebelas buah daerah yang terdapat di negeri Kedah. Ianya bersempadan dengan tiga daerah lain yang terdapat di Negeri Kedah, iaitu Kota Setar, Pendang dan Kuala Muda. Keseluruhan Daerah Yan mencatatkan keluasan seluas 95.01 batu persegi bersamaan 246.07 km persegi. Terdapat lima mukim di Daerah Yan iaitu Mukim Yan, Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Daun, Mukim Dulang dan Mukim Singkir
Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.
Pantai Murni
Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah Gunung Jerai, Pantai Murni, Pusat Peranginan Air Terjun Titi HayunTanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan rekreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:

  • Hutan Lipur Gurun Kuari
  • Hutan Lipur Perigi
  • Hutan Lipur Sungai Teroi
  • Hutan Lipur Sungai Kunyit
  • Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
  • Hutan Reakreasi Sri Perigi
  • Hutan Rekreasi Batu Hampar
  • Lubuk Kawah Kampung Teroi Bukit

Yan memiliki sebuah hospital, iaitu Hospital Yan.

Logo Majlis Daerah Yan yang menggunakan Gunung Jerai sebagai latarbelakang

Daerah Yan merupakan salah satu daripada beberapa daerah pentadbiran di Kedah. Daerah Yan merangkumi beberapa mukim di dalamnya seperti berikut :


Sejarah

Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.

Mengikut sejarah sebutan “Yan” diambil daripada penghujung perkataan "Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah "Durian". Walaubagaimanapun, Daerah Yan tetap mencatat sejarahnya tersendiri.

Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali "Kampung Acheh" jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.

Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah sehinggalah berlakunya campur tangan Inggeris yang telah pun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Yan pertama mentadbir Daerah secara rasmi ialah Dato' Indera Segara Madi.


Kawasan Tarikan Perlancongan


Gunung Jerai


Gunung Jerai, Lambang Kemegahan Negeri Kedah

Melihat Gunung Jerai setinggi 1,217 meter dari jauh seolah-olah raksasa yang mengawal keseluruhan negeri itu. Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Dengan suhu sedemikian, ia amat sesuai untuk aktiviti rekreasi di kawasan puncak termasuk tracking dan berbasikal

Menyimpan Khazanah Purba

Banyak kesan sejarah yang terdapat di Gunung Jerai, antaranya Padang Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh, Telaga Tok Sheikh dan Batu Kapal. Mengikut sejarah, Tok Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab mengislamkan Maharaja Debar Raja 1 yang kemudiannya bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136.
 
Telaga Tok Syeikh
Pada abad ke-4 hingga 13, Gunung Jerai digunakan pedagang Parsi, Arab, Cina dan India sebagai panduan berdagang di Kedah.
 
Padang Tok Syeikh
Jika ke Gunung Jerai, anda boleh menyaksikan bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal. Mengikut sejarah batu itu berasal dari kapal Maharaja Mergong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Jerai yang juga nama asal gunung berkenaan.

Penginapan yang disediakan di puncak Gunung Jerai

Menyedari kepentingan gunung itu kepada sektor pelancongan, kerajaan negeri membangunkan kemudahan penginapan seperti chalet, restoran, dewan, surau, tapak perkhemahan dan lain-lain kemudahan untuk pelancong.


Banyak kawasan air terjun di Gunung Jerai untuk mandi-manda. Selain itu, Muzium Perhutanan boleh dikunjungi untuk melihat khazanah hutan. Jika anda berminat dengan flora dan fauna, pelbagai spesies hidupan boleh ditemui seperti orkid, serangga akuatik, rama-rama, katak, burung, periuk kera dan tumbuhan herba.

Hutan Lipur Gunung Jerai
Gunung Jerai juga menyimpan khazanah geologi malah formasi gunung itu dikatakan sama dengan Gunung Matchicang di Pulau Langkawi yang berusia 300 juta tahun. Bahan-bahan geologi yang menarik termasuk batu-batan berwarna warni, garnit, garnet dan monazit.
 
Pemandangan dari puncak Gunung Jerai
Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan. Dari puncak gunung, saujana mata memandang, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas. Terdapat kemudahan asas di puncaknya seperti wakaf, tandas, laluan pejalan kaki dan kawasan rekreasi, antaranya di Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar.
 
Tangga Kenari di Titi Hayun
Di Tangga Kenari 1,000 Tahun, pengunjung boleh mendaki anak tangga dan trek hutan ke puncak melalui daerah Yan. Trek Jejak Warisan bermula dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang memberi peluang kepada pengunjung menikmati persekitaran alam semula jadi sepanjang laluan itu.

Panduan ke Gunung Jerai

Jika anda dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang menghala ke Alor Star dan susur di tol Gurun. Dari pekan Gurun, jarak ke kaki Gunung Jerai kira-kira lima kilometer. Jarak dari kaki bukit ke puncak Gunung Jerai ialah kira-kira 13 kilometer dan anda boleh menggunakan kenderaan atau motosikal. Kemudahan pengangkutan seperti van dan pacuan empat roda turut disediakan. Di kawasan kaki gunung, terdapat kemudahan tempat letak kereta, bas, surau, tandas dan pusat penerangan. Gunung Jerai, Mercu Tanda Daerah Yan.

Pusat Peranginan Titi Hayun
 
Jambatan gantung di Titi Hayun
Terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Yan dan dihubungkan dengan jalanraya. Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak. Pengunjung juga dapat menghayati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Songsong serta menikmati pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja.


Air Terjun Seri Perigi
Air Terjun Seri Perigi
Kawasan mandi Seri Perigi


Terletak 5 km dari Pekan Yan atau 35 km dari Alor Star. Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di negeri Kedah dengan ketinggian melebihi 100m. Ia juga dilengkapi dengan kawasan batu dinding bertingkat yang amat sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar.

Pulau-pulau di Daerah Yan

Pulau Songsong
Jambatan ke Pulau Bidan
Daerah Yan yang terletak berhampiran pesisir pantai Selat Melaka mempunyai empat gugusan pulau yang menarik iaitu Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong. Pulau-pulau ini mejadi tarikan pelancong yang gemarkan pada aktiviti laut. Antara pulau yang sedang di bangunkan ialah Pulau Bunting dimana projek pembinaan jambatan yang menghubungkan pulau tersebut telah siap dibina. Ianya juga menjadi persinggahan nelayan-nelayan yang keluar untuk menangkap ikan. Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau BidanPulau Telor dan Pulau Song song. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung DawaiPulau Sayak, dan Telok Nipah.

Lain-lain yang menarik tentang Daerah Yan

Air Nira Nipah

Pokok Nipah
Air Nira Nipah

Daerah Yan mempunyai keunikanya tersendiri dimana perniagaan Nira Nipah segar secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung sekitar Kampung Sedaka dan Titi Bakong. Pengunjung yang berkunjung ke Daerah Yan berpeluang menikmati minuman Nira Nipah yang masih segar dan berpeluang melihat sendiri proses menghasilkan Nira Nipah secara tradisional. Air Nira Nipah juga digunakan secara tradisional untuk mengubati penyakit kencing tidak lawas, kencing kotor, masalah prostat dan lain-lain penyakit yang berkaitan sistem perkumuhan.

Mitos Raja Bersiong


Ada yang mengaitkan Gunung Jerai dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Ini berdasarkan fakta sejarah bahawa Yan sudah lama menarik kunjungan pedagang dari daerah ini selain pernah diterokai oleh pendatang-pedatang dari Acheh, Indonesia. Kampung Acheh dan Kampung Sungai Limau dengan majoriti penduduknya keturunan Acheh menjadi bukti kewujudan masyarakat itu. 

Ulasan

  1. Gambar .. Pembetulan Jambatan ke pulau Bunting (pulau Bidan)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular